Sabtu, 28 Disember 2013

Bismillahirrohmanirrohim... hidup terlalu sukar andai tiada semangat diri yang kuat, mungkin sudah sampai masanya aku berpaling dari kehidupan lamaku untuk kubina sesuatu yang baru, sesuatu yang boleh membuatkan aku puas. Ya Allah.. aku berdiri di sini merenung sebentar ke dalam diri masih terlalu banyak kekurangan dalam diri yang belum kupenuhi. Masih terlalu banyak cita-cita yang belum terunaikan,, mungkinkah dapat kulaksanakan permintaan hati. Ingin kuucapkan selamat tinggal kepada kenangan lama yang banyak menyedarkan aku betapa esok lusa kan kutemui cerita-cerita baru untuk kumahkotakan dalam singgahsanaku yang indah... amin

Rabu, 25 Disember 2013

       Semasa solat subuh awal pagi, rumah emak masih gelap, hanya cahaya lampu dapur yang terpasang. Suara kokokan ayam jantan dari belakang rumah emak terasa menyegarkan. Ruang tamu sudah agak lengang apabila 3 keluarga sudah meninggalkan rumah emak. Sebab itu aku mengambil keputusan untuk solat di ruang tamu. Mereka pulang untuk bertugas keesokan harinya. Selesai solat, baru sahaja nak kuaminkan doaku sendiri tetiba pintu bilik depan berkeriut Ani adik iparku keluar menuju ke dapur bersusah payah dia nak melangkah kerana askar-askar sedang bergelimpangan menutup laluannya. Aku cuma memerhati dalam diam. Dari bilik tidur Ani tadi cahaya lampu biliknya melimpah keluar menerangkan sebahagian ruang tamu. Serentak itu juga kelihataan Nurin yang baru berusia 2 tahun keluar dari bilik berdiri betul-betul di depanku. Aku mematikan diri, sambil bertasbih dan bertahmid dalam hati. Mataku memandang Nurin di depanku.

       Askar-askar bergelimpangan di situ Nurin tidak jadi melangkah bila laluannya terhalang. Tiba-tiba suaranya nyaring menangis memeranjatkan semua askar yang telah ditembak itu. Serentak itulah juga semuanya bergerak mengeruit ada yang berpaling ke kanan, ada yang berpaling ke kiri ada yang menarik selimut ada yang duduk sambil memberi isyarat diam dengan meletakkan jari ke hujung bibir. Aku rasa seronok menyaksikan adegan itu. Sweet sangat!Tidak jadi Ani membancuh susu sebaliknya berpatah semula mendapatkan Nurin memujuknya untuk masuk ke bilik. Dari dalam bilik kedengaran suara Zahar suami Ani iaitu adikku...  memujuk Nurin. Aduhai! itulah kan pengorbanan seorang isteri yang tak pernah letih melayan kerenah anaknya. Hmmm...
~ Bismillahirrohmanirrohim... hari ni nak mulakan perjalanan yang jauh, harap-harap semuanya berjalan lancar, harap-harap kami tiba dengan selamatnya, harap-harap juga Dzun Nun tak meragam. Pantasnya masa berlalu... hari ni umurnya dah masuk 52 hari, dah nak masuk 2 bulan dah si bongsu umi ni. Hmmmm... tak sabar nak jumpa nenek ngan atok, pakcik, pak lang, pak de, pak ndak, pak teh, mak long, mak tam, pak besar, pak amin dan semuanya yang dah berkampung di rumah emak. Doakan kak ngah tiba dengan selamanya yea.. ~ 




Alhamdulillah selamat juga sampai ke Pahang. Nasib baik Dzun Nun tak meragam... semuanya selesai dengan baik. Ada marhaban, berzanji, kompang, pengantin tetap segak dan anggun.Ada juga saudara dari Melaka yang hadir, emak dan apak tak henti tersenyum melayan tetamu. Seronok juga dapat jumpa teman lama. Apa-apapun Dzun Nun mendapat perhatian yang lebih. Ramai yang geram dengan rambutnya yang lebat. ~

 Seronok betul melihat persembahan si kenit Damia ketika menyampaikan lagu Tegar. Para tetamu yang datang tak melepaskan peluang menyaksikan dari dekat. Dah macam persembahan bakat kanak-kanaklah pulak.Damia masih menyanyikan lagu Tegar dengan nyaring dan bergaya. Si kecil Aina, Aira, ayu, Farhan, alia, Sofia dan beberapa lagi nama anak buah yang aku tak ingat turut sama menggoyang-goyangkan badan. Seronok sangat melihat telatah mereka yang genit. Tetamu yang datang bertanya sesama sendiri siapakah gerangan si kecil yang sungguh berbakat itu. Aku sendiri rasa terhibur... seperti biasa ketiga-tiga puteriku hanya jadi pemerhati sahaja sambil melebarkan senyuman... sementara Dzun Nun terlena di ribaku walaupun suasana sebising itu.. ~ — berasagembira.

 Seronok betul berada di rumah emak, kali ni semuanya ada,,, hiruk pikuk jadinya. Bayangkan adik beradik jer ada 10 orang, cucu emak pula dihitung-hitung ada 29 orang semuanya. Paling seronok bila waktu malam,, ruang tamu emak bergelempang dengan askar yang kena tembak hi hi hi sampai nak lalu ke bilik air pun susah. Yalah kan ada 8 orang yang dah berumah tangga. Tinggal 2 orang jer lagi. Hmmm... entah bila dapat berkumpul seperti ini lagi kan?.. ~

Khamis, 12 Disember 2013

Muka adik ni macam muka kita kan?

"Umi!, muka adik ni macam muka kita kan?", tiba-tiba Zulaiqha masuk bilik sambil mencium-cium si kecil. Aku yang sedang melipat kain baju terhenti sekejap, aku mengiyakan, tersenyum panjang dia. "Taklah!".... tiba-tiba pula Aqlima masuk bilik membawa album gambar, "tengok ni sebiji macam muka kita masa kecik". Aku pun mengiyakan juga, tak mahu aku melihat mereka kecik hati kalau menafikannya. "Taklah! mana ada"....kakaknya Balqis pula masuk bilik dan terus duduk di birai katil lalu si kecil itu di pangkunya "macam muka kakaklah", katanya sambil mencium-cium pipi adiknya yang bulat. Aku cuma senyum gelihati melihat gelagat kakak-kakak Dzun Nun. 

Baru-baru ni Muttaqin ada balik bercuti dari kolejnya dia juga memperkatakan benda yang sama rupa adik ni macam rupa dia masa kecik-kecik aku juga mengiyakan. Namun bila abang sulungnya pulang baru-baru ini aku jadi terkedu. "Sudah-sudahlah tu Syafiq", tegurku apabila melihat Syafiq asyik mengambil gambar adiknya."DAh berapa banyak gambar adik kamu yang kamu ambik". Hmmm... macam Sin Chan tiba-tiba meluncur sahaja ungkapan itu. Aduhai!!... aku tak tahu samada nak tergelak atau nak marah, tetapi aku tersenyum sambil mencari erti dalam ungkapannya itu. Aku menggeleng-geleng menafikannya...

Ahad, 8 Disember 2013

~ Berdebar pula rasanya nak berdepan dengan hari esok.Sebenarnya esok aku ada temujanji dengan hospital Teluk Intan. Esok aku kena lakukan X Ray untuk mengetahui sesuatu yang agak misteri. Ada sesuatu yang pelik sedang berlaku pada diriku, untuk mengungkap semua kemisterian itu terpaksalah aku menjalani X Ray tersebut. Doaku di dalam hati agar semuanya baik-baik belaka. Harap-harap tiada yang memudaratkan. Ya Allah hanya pada-Mu aku berserah diri.Lindungi aku dari segala penyakit jika ada Kau sembuhkanlah. Aku bermohon dan merayu kepada-Mu, sesungguhnya Kaulah yang Maha pengasih dan penyayang. Amin ~

Sabtu, 7 Disember 2013

~ Hari ni dah 40 hari umur si bongsuku. Wah! cepat betul masa berlalu. Hari ni juga aku temukan Dzun Nun dengan Adelia... seronok dapat jumpa orang, dah lama sangat memerap kat rumah menjalani rutin berpantang. Apa-apapun syukurlah kerana aku buat masa ini dalam keadaan sehat di samping putera kecilku. lega rasanya bila esok tak payah bertungku dan berbarut lagi. Yes! akhirnya bebas juga aku dari namanya pantang. ~
~ Hmm.. ketika membaca status Zulaiqha di fbnya.. aku rasa ada sesuatu yang menyentuh hati. Kenapalah tahun ni tak ada kek harijadi seperti tahun-tahun sebelumnya, nampak sangat yang umi dan abah dah tak sayang Eyka maklumlah dah ada adik baru. Hmmm... terasa juga aku dengan kata-kata itu walaupun dia tidak mengucapkan seperti itu tetapi aku dapat rasakan itu yang mahu dinyatakannya. Adoi... bukan macam tulah... sayang!, sebenarnya tahun ini tahun yang penuh dengan suka duka, banyak betul agenda yang berlangsung tanpa diduga, jadinya tiada sebarang sambutan harijadi memang disengajakan. Bagi abang-abang dan kakak-kakak, mereka dapat memahaminya dan akur tetapi payah untuk Ziulaiqha si bongsuku ini nak memahaminya. Inshaa Allah di tahun depan akan ada semua sambutan itu. Harap-harap dia tak berjauh hati. Hmmm bukan senang nak menjaga semua hati anak-anak ni kan?... ~