Khamis, 12 Disember 2013

Muka adik ni macam muka kita kan?

"Umi!, muka adik ni macam muka kita kan?", tiba-tiba Zulaiqha masuk bilik sambil mencium-cium si kecil. Aku yang sedang melipat kain baju terhenti sekejap, aku mengiyakan, tersenyum panjang dia. "Taklah!".... tiba-tiba pula Aqlima masuk bilik membawa album gambar, "tengok ni sebiji macam muka kita masa kecik". Aku pun mengiyakan juga, tak mahu aku melihat mereka kecik hati kalau menafikannya. "Taklah! mana ada"....kakaknya Balqis pula masuk bilik dan terus duduk di birai katil lalu si kecil itu di pangkunya "macam muka kakaklah", katanya sambil mencium-cium pipi adiknya yang bulat. Aku cuma senyum gelihati melihat gelagat kakak-kakak Dzun Nun. 

Baru-baru ni Muttaqin ada balik bercuti dari kolejnya dia juga memperkatakan benda yang sama rupa adik ni macam rupa dia masa kecik-kecik aku juga mengiyakan. Namun bila abang sulungnya pulang baru-baru ini aku jadi terkedu. "Sudah-sudahlah tu Syafiq", tegurku apabila melihat Syafiq asyik mengambil gambar adiknya."DAh berapa banyak gambar adik kamu yang kamu ambik". Hmmm... macam Sin Chan tiba-tiba meluncur sahaja ungkapan itu. Aduhai!!... aku tak tahu samada nak tergelak atau nak marah, tetapi aku tersenyum sambil mencari erti dalam ungkapannya itu. Aku menggeleng-geleng menafikannya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan