Rabu, 25 Disember 2013

       Semasa solat subuh awal pagi, rumah emak masih gelap, hanya cahaya lampu dapur yang terpasang. Suara kokokan ayam jantan dari belakang rumah emak terasa menyegarkan. Ruang tamu sudah agak lengang apabila 3 keluarga sudah meninggalkan rumah emak. Sebab itu aku mengambil keputusan untuk solat di ruang tamu. Mereka pulang untuk bertugas keesokan harinya. Selesai solat, baru sahaja nak kuaminkan doaku sendiri tetiba pintu bilik depan berkeriut Ani adik iparku keluar menuju ke dapur bersusah payah dia nak melangkah kerana askar-askar sedang bergelimpangan menutup laluannya. Aku cuma memerhati dalam diam. Dari bilik tidur Ani tadi cahaya lampu biliknya melimpah keluar menerangkan sebahagian ruang tamu. Serentak itu juga kelihataan Nurin yang baru berusia 2 tahun keluar dari bilik berdiri betul-betul di depanku. Aku mematikan diri, sambil bertasbih dan bertahmid dalam hati. Mataku memandang Nurin di depanku.

       Askar-askar bergelimpangan di situ Nurin tidak jadi melangkah bila laluannya terhalang. Tiba-tiba suaranya nyaring menangis memeranjatkan semua askar yang telah ditembak itu. Serentak itulah juga semuanya bergerak mengeruit ada yang berpaling ke kanan, ada yang berpaling ke kiri ada yang menarik selimut ada yang duduk sambil memberi isyarat diam dengan meletakkan jari ke hujung bibir. Aku rasa seronok menyaksikan adegan itu. Sweet sangat!Tidak jadi Ani membancuh susu sebaliknya berpatah semula mendapatkan Nurin memujuknya untuk masuk ke bilik. Dari dalam bilik kedengaran suara Zahar suami Ani iaitu adikku...  memujuk Nurin. Aduhai! itulah kan pengorbanan seorang isteri yang tak pernah letih melayan kerenah anaknya. Hmmm...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan